Taman Sri Andalas

Taman Sri Andalas terletak kira-kira 5 km dari bandar Klang, Selangor, Malaysia. Taman ini telah lama wujud sekitar tahun 80-an.  Taman ini mula-mula dikenali sebagai Ladang Tremelbye.  Projek perumahan awal dibawah PKNS.  Selepas beberapa tahun, taman ini dinamakan Taman Sri Andalas.  Dikatakan sempena filem melayu pada tahun 60-an bertajuk Sri Andalas.  Menariknya nama-nama kawasan / jalan di Taman Sri Andalas ada persamaan dengan nama-nama lagu Melayu asli seperti Seri Sarawak, Seri Banang, Seri Mersing, Seri Sedeli, Seri Siantan, Seri Damak dan Seri Tanjung. 

 

Sekolah Menengah Raja Mahadi terletak di sempadan antara Taman Sri Andalas dan Taman Klang Jaya.  Sekolah Menengah Taman Sri Andalas dan Sekolah Rendah Taman Sri Andalas terletak di kawasan Seri Damak.  Sekolah Rendah Agama Taman Sri Andalas terletak berdekatan dengan Masjid Jamek Ar Rahimiah; dekat dengan kawasan Seri Siantan.  Sekolah Rendah Agama Ainani dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Sri Andalas terletak di kawasan Seri Sarawak.  Tabika KEMAS Sri Damak terletak di kawasan Seri Damak.  Manakala Tabika Perpaduan Taman Sri Andalas terletak di kawasan Seri Mersing.  Q-Dees terletak di kawasan Seri Sarawak.

 

Pasar tani pagi pada setiap Sabtu di kawasan kedai / apartment Seri Sarawak.  Pasar malam juga di tempat yang sama pada setiap hari Selasa.  Pusat membeli-belah berdekatan adalah AEON Mall Bukit Tinggi, GM, Tesco dan Giant. Terdapat 3 kedai 99 Speedmart di Taman Sri Andalas.  Terdapat juga McDonalds dan Burger King di Taman Sri Andalas.    

 

Pintu masuk ke taman ini berhadapan dengan pintu masuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.  Masjid yang berdekatan adalah Masjid Jamek Ar Rahimiah (MJAR) Klang.  Masjid baru, Masjid Kota Raja juga berdekatan.  Terdapat Balai Bomba di dalam Taman Sri Andalas.  Taman Rakyat yang terletak di Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas mempunyai keluasan 81 ekar dan berkonsepkan ' Taman Untuk Semua '. Di antara tarikan utama taman ini adalah seperti tapak refleksologi, denai hutan, trek jogging, pondok pandang jauh, peralatan permainan kanak - kanak, miniature golf, tapak perkhemahan, tempat senaman dan kawasan lapang. 

 

Lebuhraya utama adalah KESAS, NKVE, Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE, dalam pembinaan).  Tidak lama lagi Taman Sri Andalas juga akan ada stesen LRT3 sendiri yang sedang dalam pembinaan.

spacer
agent image
agency logo
Azman Kadir
Senior Real Estate Negotiator/ Head Of Agency
REN: 11074
Alam Harta Realty
azmanalamharta@gmail.com
(+60) 19-3877102